MuTiArA ImAn
Popular Posts
-
Assalamualaikum dan Selamat Datang ke blog saya....hehe...Sebelum itu saya ingin memperkenalkan diri terlebih dahulu. Nama saya Hamshah Hani...
-
Saya tak minta yg SOLEH ,sebab saya pun tak lah SOLEHAH sgt… Saya tak minta yg bergelar USTAZ, sebab saya lg jauh utk bergelar USTAZAH… N...
-
MUHARAM MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat me...
-
Ya Allah, betapa aku malu atas apa yang telah engkau berikan sebagai manusia, segala khilaf tertuju padaku, sungguh tidak ada apa-apa pada d...
-
Jika ALLAH tidak memberimu seseorang yg kamu impikan, Semoga Dia menghadirkan seseseorang yg meimpikanmu… Bila ALLAH tidak memberimu ses...
-
Bermula detik jam 12.00 tgh mlm (1 Januari 2012) , terdengar dentuman percikan bunga api yg begitu meriah dengan pelbagai warna yang memikat...
-
“Akh, ana rasa ana ada masalah hatilah. Nak buat macam mana?” “Tukarlah hati baru.” “Hati baru? Antum ni berlawak ke?” “Ei. Betul lah. ...
-
“hari ini, saat ini adalah milikku sepenuhnya kelmarin bukan lagi milikku dan esok belum tentu ianya milikku..” hari ini, di pagi ini adal...
-
"duhai wanita.. andai hidup tak dihindari lelaki, tak bermaksud diri tak diingini.. usahlah khuatir kerana cinta Allah itu pasti.. ...
Sunday, January 22, 2012
Saya tak minta yg SOLEH ,sebab saya pun tak lah SOLEHAH sgt… Saya tak minta yg bergelar USTAZ, sebab saya lg jauh utk bergelar USTAZAH… Nak minta yg KAYA, saya pun TAK KAYA, hanya sekadar apa yg ada… Nak minta yg HENSEM, saya tak la CANTIK sgt, sekadar hamba sesempurna kejadian yang ALLAH ciptakan… Nak minta yg BERPANGKAT, saya hanya seorg HAMBA… Cukuplah sekadar yg MEMAHAMI dan MENERIMA diri seadanya … Cukuplah yang ada AGAMA di hati dan mengamalkannya serta sama2 mencari jalan ke Syurga apabila bahtera di layar dan masjid di bina… Cukuplah yang sama2 saling MEMBANTU dlm susah dan senang mengharungi lautan dunia…
Sunday, January 8, 2012
Saturday, December 31, 2011
Selamat Tinggal 2011....Selamat Datang 2012.... ( ^ _ ^ )
Bermula detik jam 12.00 tgh mlm (1 Januari 2012) , terdengar dentuman percikan bunga api yg begitu meriah dengan pelbagai warna yang memikat mata memandang. Saya pasti semua orang sedang meraikan tahun baru bersama ahli keluarga dan kawan2.Jika diingat semula ,setiap detik yang dilalui pada tahun 2011,begitu menggamit perasaan .Pelbagai cerita suka duka yang telah dilalui dan menjadi kenangan yang amat bermakna dalam hidup.Sekiranya diimbau semula kisah-kisah pada tahun lepas,menjadikan saya rindu untuk lalui saat2 itu kerana saat itulah bermulanya memasuki alam pekerjaan selepas tamat pengajian di UNISEL.Banyak yang telah dipelajari dalam menjalani tanggungjawab sebagai khalifah Allah dimuka bumi ini.Oh ya,adakah azam kita pada tahun lepas sudah terlaksana dengan jayanya?Sekiranya belum, jangan la berputus asa ,selagi kita masih boleh melihat dunia,selagi kita boleh bernafas dan selagi kita berpijak dibumi yang nyata selagi itu perjuangan kita masih panjang.Berusahalah untuk memajukan diri serta tingkatkan usaha untuk menjadi manusia yg berguna dan terbaik.Bukan sahaja urusan dunia yang kita perlu laksanakan bahkan AKHIRAT jangan dilupakan kerana kita hamba Allah .Bersyukurlah kerana Allah masih memberi kita peluang untuk meneruskan kahidupan dalam mengumpul dana-dana untuk ke akhirat sana .Seandainya Allah mengutuskan malaikat Izrail untuk mencabut nyawa kita pada saat ini,tanpa membuat persediaan betapa ruginya kita sebagai manusia.Ingatlah selagi ada kesempatan ,lakukanlah amal ma'aruf dan jauhilah kemungkaran .Segala yang kita lakukan senantiasalah ingat pada yang ESA. Ingat lima perkara sebelum lima perkara iaitu kaya sebelum miskin,sihat sebelum sakit,lapang sebelum sempit,hidup sebelum mati,dan muda sebelum tua.Demi masa ,sesungguhnya manusia kerugian melainkan yang beriman dan beramal soleh.Gunakanlah segala kesempatan yang masih diberi oleh Allah ,semoga kita tidak menyesal dan masa usia kita jangan disiakan kerana ianya tidak mungkin kembali.Akhir kata SELAMAT TAHUN BARU diucapkan agar kehidupan kita diberkati dan dirahmati Allah...aminnn.....( ^ _ ^ )..
Friday, December 2, 2011
Sayangilah siapa Takdir Buat kiTa...( ^ _ ^ )
Jika ALLAH tidak memberimu seseorang yg kamu impikan,
Semoga Dia menghadirkan seseseorang yg meimpikanmu…
Bila ALLAH tidak memberimu seseorang yg kamu rindukan,
Semoga Dia menghadirkan seseorang yg merindukanmu…
Bila ALLAH tidak memberimu seseorang yg kamu dambakan,
Smoga Dia memberimu seseorang yg mendambakanmu…
Bila ALLAH tidak menyatukanmu dgn seseorang yg kamu cintai,
Semoga Dia menghadirkan seseorang yg Mencintaimu….
Yang bukan HANYA ada padamu....
tapi apa yang ada pada dirimu....!!
Bersihkan dan berserahlah Hati & jiwamu....
Smoga ALLAH memberi kita yg TERBAIK dgn segala Keindahan hati & ketakwaannya....
Jangan terlalu memikirkan untuk mendapatkan yang trbaaik tetapi fikirkan untuk menjadi yang terbaik kerana yang terbaik akan dapat yang terbaik jua dengan izinNya…
>>>Dan ingatlah dan yakinlah pada janji Allah bahawa "wanita-wanita baik hanya untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita yang baik (pula)"(surah An-Nuur(2426)
>>>Biarkanlah DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya...
..(◕‿◕)...InsyaAllah...Amin Amin Ya Rabbal Alamin.....(◕‿◕)...

..(◕‿◕)...InsyaAllah...Amin
Saturday, July 23, 2011
HARI INI MILIKKU, ESOK BELUM TENTU LAGI..~
“hari ini, saat ini adalah milikku sepenuhnya kelmarin bukan lagi milikku dan esok belum tentu ianya milikku..”
hari ini, di pagi ini adalah hari aku..
aku takkan menunggu petang kerana petang itu belum tentu lagi akan aku lalui
hari kelmarin yang penuh dengan warna-warna ceria dan duka juga tidak perlu aku fikirkan..
begitu juga dengan hari esok yang aku sendiri tidak tahu lagi warnanya..
hari ini, saat ini adalah waktu yang patut aku fikirkan...
hari ini aku akan hidup dengan penuh kebaikan, tanpa kesedihan,
gangguan, kemarahan, kedengkian dan kebencian
aku akan membuat sebanyak mungkin kebaikan,
akan ku manfaatkan setiap detik yang berlalu dengan kebaikan..
hanya hari ini sahaja aku mampu berbuat baik
hanya hari ini sahaja aku mampu mengemaskan rumahku
hanya hari ini saja aku ada waktu untuk siapkan semua kerjaku
hanya hari ini saja aku mampu gembirakan semua orang
hanya hari ini saja aku hidup, maka aku akan selesaikan segalanya hari ini
hanya hari ini.
tidak esok atau tulat..
Kepada Encik Kelmarin..
“Wahai Encik Kelmarin yang telah berlalu dan selesai, tenggelam dirimu seperti mataharimu..aku takkan pernah menangisi pemergianmu dan kamu juga tidak akan pernah melihatku termenung sedetik pun untuk mengingatimu. Kau telah pergi meninggalkan aku pergi dan tidak akan pernah kembali lagi..”
Kepada Encik Esok..
“Wahai Encik Esok, dirimu masih lagi dalam kekaburan maka aku tidak akan pernah bermain dengan khayalan dan menjual diri untuk sebuah dugaan..aku jugak tidak akan mengejar sesuatu yang belum ada kerana esok mungkin tiada sesuatu untukku…”
Jangan bersedih jika kelmarin berlalu dengan kedukaan
Jangan bersedih jika hari ini tidak seindah yang diharapkan
Jangan bersedih jika esok tidak akan kita temukan..
“Terimalah semua yang telah Allah swt berikan kepadamu dan
jadilah kamu termasuk orang yang bersyukur..” [Al-A'raf : 14
Friday, July 1, 2011
AKU INGIN MENCINTAIMU DENGAN SEBENAR-BENAR CINTA
Ya Allah, betapa aku malu atas apa yang telah engkau berikan sebagai manusia, segala khilaf tertuju padaku, sungguh tidak ada apa-apa pada diriku yang kecil ini. Terlena, sungguh aku sering terlena pada pesona nafsu dunia dan diri. Aku ingin kembali, tertunduk pilu dalam sujud syukur kembali pada cahayaMu.. Ya Rabbi, menghamba padaMu adalah tujuan akhir penantianku, setiap degupan yang berdetak kerana Izin KuasaMu. Setiap langkah yang tak putus beriring dengan Asmamu Ya Rabbi. Segala keluh kesah hanya tercurah padaMu, tidak akan berkat langkahku tanpa redha Mu Ya Rahman. Cahaya Mu, cahaya dalam sepi hidup menjadi senyum ikhlas yang tak putus pada Rahmat Mu, melahirkan kembali kepada fitrah yang suci dengan Selawat yang menggema pada jagat raya Mu. Dalam sepi, aku sering hilang, tidak mengingati Mu, namun Engkau tetap menjagaku dalam nikmatnya nafas yang ku hembus dalam raga, tak putus-putus Engkau mengingatkanku dan Halusnya Peringatan Mu. Tidak Engkau terus memberikanku hukuman, walaupun betapa kuasanya diriMu Ya Robbi. Sujud yang mengalun merdu dalam sepertiga malam membuat terhanyut dalam ribuan titisan air mata taubat.. Sebiji zarrah pun dihitung baik kebaikan dan keburukan.. Berkatilah kami ya Rabbi.. “aku ingin mencintaiMu setulusnya sebenar-benar aku cinta dalam doa, dalam ucapan, dalam setiap langkahku, aku ingin mendekatiMu selamanya sehina bagaimanapun diriku, kuberharap untuk bertemu denganMu ya Rabbi.. .
Wednesday, June 29, 2011
"duhai wanita..
andai hidup tak dihindari lelaki,
tak bermaksud diri tak diingini..
usahlah khuatir kerana cinta Allah itu pasti..
Allah memelihara hati dan jiwa daripada dikecewakan dan didatangi panyakit (riak)...
...wanita yang sentiasa menjadi dambaan lelaki,
adalah wanita yang longgar jagaannya oleh Allah...
atau Allah sedang mengujinya dengan penyakit hati..
dekatkan diri kepada Allah, pasti cinta akan kau temui...
usah berharap cinta insan yang kau sendiri tidak pasti...
diamkan lelaki yang kau sukai, berdoalah kepadaNya..
insyaAllah kau pasti akan dicari...
jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.."
:: Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan. Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan ::
:: Hati yang terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya ::
:: Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu.Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera ::

Subscribe to:
Posts (Atom)