Popular Posts

Monday, December 6, 2010

Muharam oh...Muharam...

MUHARAM
MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Doa akhir tahun:

Seindah Warna Pelangi

Assalamualaikum dan Selamat Datang ke blog saya....hehe...Sebelum itu saya ingin memperkenalkan diri terlebih dahulu. Nama saya Hamshah Hanim Bt Pongot. Panggil je Hanim...Saya ni anak jati Johor yg dilahirkan di Hospital Batu Pahat. Tapi bermastautin Di Kluang ,Johor.
Seindah Warna Pelangi....begitulah yang saya inginkan dalam kehidupan.Melihat segala kenikmatan yang Allah berikan kepada kita sbg hambanya, membuatkan saya benar2 bersyukur atas kurniaannya.Hidup ini pelbagai dugaan ,ranjau  yg perlu kita hadapi.Setiap manusia tidak dapat lari daripada masalah.Walaubagaimanapun, masing2 ada strategi tersendiri dalam menanganinya..
 Melihat keindahan pelangi yg mempunyai 7 elemen warna yang berlainan, cantik dan berseri. Saya ingin menjadi seperti pelangi .Saya berfikir sejenak ,seandainya hidup ini tiada masalah mesti indah kan sperti pelangi?tetapi kita manusia tidak boleh lari drp masalah...krn ia merupakan rencah hidup .kalau xde masalah ,hidup ni xde la warna kehidupan .btul x??hehe....
Ok la ,saya berharap dengan kehadiran blog ini,saya dapat  berkongsi pengalaman,idea,luahan hati, dan pelbagai lagi rencah yg boleh saya muatkan dalm blog saya ini...Semoga kehidupan ini diberkati Allah dan Seindah Warna Pelangi..salam...:-)