Popular Posts

Saturday, July 23, 2011

HARI INI MILIKKU, ESOK BELUM TENTU LAGI..~

“hari ini, saat ini adalah milikku sepenuhnya kelmarin bukan lagi milikku dan esok belum tentu ianya milikku..”

hari ini, di pagi ini adalah hari aku..
aku takkan menunggu petang kerana petang itu belum tentu lagi akan aku lalui
hari kelmarin yang penuh dengan warna-warna ceria dan duka juga tidak perlu aku fikirkan..
begitu juga dengan hari esok yang aku sendiri tidak tahu lagi warnanya..
hari ini, saat ini adalah waktu yang patut aku fikirkan...

hari ini aku akan hidup dengan penuh kebaikan, tanpa kesedihan,
gangguan, kemarahan, kedengkian dan kebencian
aku akan membuat sebanyak mungkin kebaikan,
akan ku manfaatkan setiap detik yang berlalu dengan kebaikan..

hanya hari ini sahaja aku mampu berbuat baik
hanya hari ini sahaja aku mampu mengemaskan rumahku
hanya hari ini saja aku ada waktu untuk siapkan semua kerjaku
hanya hari ini saja aku mampu gembirakan semua orang
hanya hari ini saja aku hidup, maka aku akan selesaikan segalanya hari ini
hanya hari ini.

tidak esok atau tulat..

Kepada Encik Kelmarin..
“Wahai Encik Kelmarin yang telah berlalu dan selesai, tenggelam dirimu seperti mataharimu..aku takkan pernah menangisi pemergianmu dan kamu juga tidak akan pernah melihatku termenung sedetik pun untuk mengingatimu. Kau telah pergi meninggalkan aku pergi dan tidak akan pernah kembali lagi..”

Kepada Encik Esok..
“Wahai Encik Esok, dirimu masih lagi dalam kekaburan maka aku tidak akan pernah bermain dengan khayalan dan menjual diri untuk sebuah dugaan..aku jugak tidak akan mengejar sesuatu yang belum ada kerana esok mungkin tiada sesuatu untukku…”

Jangan bersedih jika kelmarin berlalu dengan kedukaan
Jangan bersedih jika hari ini tidak seindah yang diharapkan
Jangan bersedih jika esok tidak akan kita temukan..

“Terimalah semua yang telah Allah swt berikan kepadamu dan
jadilah kamu termasuk orang yang bersyukur..” [Al-A'raf : 14

Friday, July 1, 2011

AKU INGIN MENCINTAIMU DENGAN SEBENAR-BENAR CINTA

Ya Allah, betapa aku malu atas apa yang telah engkau berikan sebagai manusia, segala khilaf tertuju padaku, sungguh tidak ada apa-apa pada diriku yang kecil ini. Terlena, sungguh aku sering terlena pada pesona nafsu dunia dan diri. Aku ingin kembali, tertunduk pilu dalam sujud syukur kembali pada cahayaMu.. Ya Rabbi, menghamba padaMu adalah tujuan akhir penantianku, setiap degupan yang berdetak kerana Izin KuasaMu. Setiap langkah yang tak putus beriring dengan Asmamu Ya Rabbi. Segala keluh kesah hanya tercurah padaMu, tidak akan berkat langkahku tanpa redha Mu Ya Rahman. Cahaya Mu, cahaya dalam sepi hidup menjadi senyum ikhlas yang tak putus pada Rahmat Mu, melahirkan kembali kepada fitrah yang suci dengan Selawat yang menggema pada jagat raya Mu. Dalam sepi, aku sering hilang, tidak mengingati Mu, namun Engkau tetap menjagaku dalam nikmatnya nafas yang ku hembus dalam raga, tak putus-putus Engkau mengingatkanku dan Halusnya Peringatan Mu. Tidak Engkau terus memberikanku hukuman, walaupun betapa kuasanya diriMu Ya Robbi. Sujud yang mengalun merdu dalam sepertiga malam membuat terhanyut dalam ribuan titisan air mata taubat.. Sebiji zarrah pun dihitung baik kebaikan dan keburukan.. Berkatilah kami ya Rabbi.. “aku ingin mencintaiMu setulusnya sebenar-benar aku cinta dalam doa, dalam ucapan, dalam setiap langkahku, aku ingin mendekatiMu selamanya sehina bagaimanapun diriku, kuberharap untuk bertemu denganMu ya Rabbi.. .