Popular Posts

Saturday, July 23, 2011

HARI INI MILIKKU, ESOK BELUM TENTU LAGI..~

“hari ini, saat ini adalah milikku sepenuhnya kelmarin bukan lagi milikku dan esok belum tentu ianya milikku..”

hari ini, di pagi ini adalah hari aku..
aku takkan menunggu petang kerana petang itu belum tentu lagi akan aku lalui
hari kelmarin yang penuh dengan warna-warna ceria dan duka juga tidak perlu aku fikirkan..
begitu juga dengan hari esok yang aku sendiri tidak tahu lagi warnanya..
hari ini, saat ini adalah waktu yang patut aku fikirkan...

hari ini aku akan hidup dengan penuh kebaikan, tanpa kesedihan,
gangguan, kemarahan, kedengkian dan kebencian
aku akan membuat sebanyak mungkin kebaikan,
akan ku manfaatkan setiap detik yang berlalu dengan kebaikan..

hanya hari ini sahaja aku mampu berbuat baik
hanya hari ini sahaja aku mampu mengemaskan rumahku
hanya hari ini saja aku ada waktu untuk siapkan semua kerjaku
hanya hari ini saja aku mampu gembirakan semua orang
hanya hari ini saja aku hidup, maka aku akan selesaikan segalanya hari ini
hanya hari ini.

tidak esok atau tulat..

Kepada Encik Kelmarin..
“Wahai Encik Kelmarin yang telah berlalu dan selesai, tenggelam dirimu seperti mataharimu..aku takkan pernah menangisi pemergianmu dan kamu juga tidak akan pernah melihatku termenung sedetik pun untuk mengingatimu. Kau telah pergi meninggalkan aku pergi dan tidak akan pernah kembali lagi..”

Kepada Encik Esok..
“Wahai Encik Esok, dirimu masih lagi dalam kekaburan maka aku tidak akan pernah bermain dengan khayalan dan menjual diri untuk sebuah dugaan..aku jugak tidak akan mengejar sesuatu yang belum ada kerana esok mungkin tiada sesuatu untukku…”

Jangan bersedih jika kelmarin berlalu dengan kedukaan
Jangan bersedih jika hari ini tidak seindah yang diharapkan
Jangan bersedih jika esok tidak akan kita temukan..

“Terimalah semua yang telah Allah swt berikan kepadamu dan
jadilah kamu termasuk orang yang bersyukur..” [Al-A'raf : 14

No comments:

Post a Comment