Popular Posts

Saturday, December 31, 2011

Selamat Tinggal 2011....Selamat Datang 2012.... ( ^ _ ^ )

Bermula detik jam 12.00 tgh mlm (1 Januari 2012) , terdengar dentuman percikan bunga api yg begitu meriah dengan pelbagai warna yang memikat mata memandang. Saya pasti semua orang sedang meraikan tahun baru bersama ahli keluarga dan kawan2.Jika diingat semula ,setiap detik yang dilalui pada tahun 2011,begitu menggamit perasaan .Pelbagai cerita suka duka yang telah dilalui  dan menjadi kenangan yang amat bermakna dalam hidup.Sekiranya diimbau semula kisah-kisah pada tahun lepas,menjadikan saya rindu untuk lalui saat2 itu kerana saat itulah bermulanya memasuki alam pekerjaan selepas tamat pengajian di UNISEL.Banyak yang telah dipelajari dalam menjalani tanggungjawab sebagai khalifah Allah dimuka bumi ini.Oh ya,adakah azam kita pada tahun lepas sudah terlaksana dengan jayanya?Sekiranya belum, jangan la berputus asa ,selagi kita masih boleh melihat dunia,selagi kita boleh bernafas dan selagi kita berpijak dibumi yang nyata selagi itu perjuangan kita masih panjang.Berusahalah untuk memajukan diri serta tingkatkan usaha untuk menjadi manusia yg berguna dan terbaik.Bukan sahaja urusan dunia yang kita perlu laksanakan bahkan AKHIRAT jangan dilupakan kerana kita hamba Allah .Bersyukurlah kerana Allah masih memberi kita peluang untuk meneruskan kahidupan dalam mengumpul dana-dana untuk ke akhirat sana .Seandainya Allah mengutuskan malaikat Izrail untuk mencabut nyawa kita pada saat ini,tanpa membuat persediaan betapa ruginya kita sebagai manusia.Ingatlah selagi ada kesempatan ,lakukanlah amal ma'aruf dan jauhilah kemungkaran .Segala yang kita lakukan senantiasalah ingat pada yang ESA. Ingat lima perkara sebelum lima perkara  iaitu kaya sebelum miskin,sihat sebelum sakit,lapang sebelum sempit,hidup sebelum mati,dan muda sebelum tua.Demi masa ,sesungguhnya manusia kerugian melainkan yang beriman dan beramal soleh.Gunakanlah segala kesempatan yang masih diberi oleh Allah ,semoga kita tidak menyesal dan masa usia kita jangan disiakan kerana ianya tidak mungkin kembali.Akhir kata SELAMAT TAHUN BARU diucapkan agar kehidupan kita diberkati dan dirahmati Allah...aminnn.....( ^ _ ^ )..

No comments:

Post a Comment